Friday, 3 February 2012

kasihku abadi. tetiba !



assalamualaikum. selamat malam. entry kali ni, aku saja nak buat dengan lagu.
biar feeling feeling skit kan. alahh. dah malam ni kan, sesaje layan perasaan. tak boleh blah, layan feeling dengan lagu nasyid. ahh bedaaal. kisah apa aku :O

apa yang aku tulis ni, memang berkaitan dengan lirik lagu ni. oke. kalau korang tak berapa nak peka. meh lah aku nak petik mana mana lirik yang aku rasa suka. ceh suka pulaaak.



kamar hatiku, sekian lama, suram dan sepi, kekosongan.

emm. memang aku rasa sangat kosong sangat. kosong dengan cinta. bukan aku mengharap sangat untuk bercinta. tapi, entah lah. once kau pernah bercinta. bila kau rasa kehilangan, u will feel very lonely ! serius. aku selalu terkenangkan cinta lama aku. cinta yang masih mekar sehingga saat ni. sampai saat ni, belum ada lagi lelaki yang berjaya curi hati aku macam dia curi hati aku. walaupun aku dengan dia dah berpisah hampir setahun lebih. lama kaaan.


ku harap hanya keikhlasan, dan aku rindukan keramahan, aku inginkan kemesraan yang berpanjangan.


aku memang mengharapkan keikhlasan seseorang untuk menerima aku. bukan kerana duit, kecantikan dan bukan sekadar hanya nafsu semata mata. aku dambakan seseorang yang ramah. yang boleh dibuat kawan kala ingin meluahkan sesuatu, yang boleh dijadikan tempat bersandar kala aku lemah tak bermaya. dan aku inginkan kebahagiaan yang kekal hingga ke syurga.



biar hilang kabus di wajahku, biar tenang resah didadaku.



walaupun sudah setahun lebih dia pergi meninggalkan aku, aku dengan sedaya upaya melangkah penuh tabah menempuh hidup ini. walaupun hati ini derita dan sengsara, biarlah tawa dan gurauan yang aku pamerkan.aku berharap, setiap langkahku, akan ada ketenangan. meskipun aku tahu, saban hari, aku merindui dirinya yang telah pun melupakan aku. 






No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good