Friday 20 January 2012

mama dan ayah. aku sayang mereka.

assalamualaikum. selamat petang.

bestnye bile dah dekat rumah kan. sangat best. tapi kali ni, aku balik rumah. aku dapat berita yang tak best. rumah aku dah nak kene tolak. rumah aku rumah setinggan je. belakang rumah aku ada railway. so, memang setiap hari lah aku dengar bunyi train lalu lalang kat belakang rumah. sampai aku dah lali dah. kalau dengar bunyi train tym sleeping pun, dah tak sedar dah. 


kesian sangat dengan mama and ayah aku. YA ALLAH. kurangkan lah beban mereka. aku tak sanggup lihat mereka susah hati. yang aku sedih sangat, bila mama aku cakap ni, ayah aku cakap ni. aku tanak mereka bergaduh. aku tanak mereka bertengkar. aku tanak. aku tahu mereka sangat susah hati memikirkan kat mana nak duduk kalau rumah kami kene tolak. aku faham betapa susah dan sedihnya hati mereka. aku tak dapat nak bantu. apa daya ku. hanya doa.


kejap lagi, aku nak balik kampung. kesian kat mama aku. dah berbulan tak balik kampung jenguk nenek aku yang dah nyanyuk tu. sebab komitmen yang tinggi terhadap keluarga, mama aku takde masa nak jenguk nenek aku dan atok aku. pertama masalah kenderaan, kedua masalah duit. aku sangat bersyukur sebab aku dah tak payah susahkan mama dan ayah aku bagi duit belanja kat universiti. aku hanya perlu belajar bersungguh sungguh demi mereka. hanya meraka nyawa aku. dan adik aku.

mama dan ayah. kakak berusaha untuk memberi yang terbaik untuk mama dan ayah. doakan anakmu berjaya. 



 love them very much (:
 

3 comments:

  1. hi awak...sabar lah mungkin semua ni ujian bt awak dan keluarga untuk lebih tabah dalam menghadapi hidup =)
    nanti bila awak dah dpt kerja yang bagus awak boleh tolong keluarga awak semula ea =) saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga awak... =)

    ReplyDelete
  2. huhu..sabar ye..ada hikmahnya nie..
    chaiyok2..blajar rjin2 kta bntu mak ayh msing2..^^

    ReplyDelete
  3. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good