Friday, 3 February 2012

aduhai lah si mate saya bulat

petang yang tenang. dengan air hujan.
peehh. nak membuta memang lah sedap.
tapi harus sedar diri.
kalau dah buka mata pagi td pukul 11 pagi, tak payah nak harap tido waktu cmni.
kalau taknak kene bebel.

entry kali ni aku cuma nak cerita pasal aku.
buat sesaje. buat tatapan anak cucu cicit.
biar depa tahu, mummy nenek moyang dorang ni dulu seorang blogger
yang selalu sangat meninggalkan kenangan melalui tulisan
dalam blog ni


mate saya bulat (MSB).
just nick name dalam dunia maya.
kat dunia sebenar. semua panggil aku EYZA.
short nama dari nama penuh aku.
SITI ZARIZZA.
dan juga URL untuk blog ni.
senang. tak payah pening pening fikir nama lain.
letak nama diri sendiri sudah


usia yang semakin dewasa dan dewasa.
* sangat susah nak cakap umur dah meningkat *
tahun 2012, MSB berumur 22 tahun.
wowowow ! seorang gadis.
gadis yang melangkah penuh harapan.
dalam setiap nafas. 
dengan penuh yakin dan waspada, mahu mencorak masa depan
agar esok hari lebih baik dari hari ini.

sedang menuntut di UiTM SHAH ALAM.
sangat jauh dari kampung halaman.
di johor bahru.
jurusan yang dipilih, sarjana muda sains matematik.
sangat mengharap untul bergelar seorang pensyarah matematik.
atau pun mathematician.
INSYA ALLAH

masa umur 4 tahun, bermula alam persekolahan di tadika kemas kampung seri maju. tempat aku tinggal sekarang.
lepas tu, pindah ke tadika sinar bahru. tadika china.
oke. tak pandai nak speak chinese lagi eh. sebab dah lupa.
masuk sekolah rendah di sekolah kebangsaan senai.
dari darjah satu sampai darjah lima.
lepastu, darjah enam, pindah pulak ke sekolah kebangsaan senai utama.
darjah enam UPSR kaaan.
cukuplah sekadar dengan memuaskan hati.
dapat 4A 1B.
alhamdulilah.


sambung pulak sekolah menengah.
dari form 1 sampai form 5.
kat sekolah menengah tunku abdul rahman putra kulai.
oke, sapa yang kenal aku, say hi please \(^o^)/
masa tingkatan 3, amek PMR.
dengan penuh dugaan dan pancaroba.
alhamdulilah.
lastly, dapat perfect score.
9A was in my hand !

dapat tawaran sambung belajar g boarding school.
sekolah menengah sains muar.
yes. i decided to go there. 
tapi tak lama. bertahan sekejap je.
dalam 2 minggu, aku dah balik sekolah lama.
anak manja, jauh dengan family.
mulalah meraung macam orang giler.

dan waktu form4 ni jugak, aku buat pertama kali terluka. 
kecewa. derita sengsara.
tapi apa daya. kerana cinta monyet.
aku akhirnya terkulai kerana cinta palsu.
macam bangang !!
kerana kawan karib sendiri.

* once u have bertrayed, no more trust on u ! *

tapi ALLAH tu maha adil.
tak pernah nak melihat hambaNYA terus sengsara.
aku tak pernah fail dalam apa jua subjek.
pelajaran aku tak pernah terganggu walaupun aku kecewa sampai sakit sakit.
siap g hospital, sebab darah rendah.
teruk kaaan.
masa form 5, aku dapat cinta baru.
setelah setahun lebih aku hidup dengan kelukaan.
dan cinta kali ini jugak, mengundang sepuluh kali ganda kelukaan.
sehingga saat ini.
aku berjaya jugak dapat apa yang aku target dalam SPM.
walaupun tak dapat perfect score, aku cuma mampu dapat 10A 2B.
alhamdulilah.

lepas dapat keputusan, aku dapat tawaran g PLKN.
aku kena g PLKN kat kem putra putri alor gajah melaka.
sesiapa alumni PLKN, please say hi to me \(^o^)/
satu pengalaman yang tak dapat kat mana mana.
so, adik adik, sapa yang dapat g PLKN, you guyss should go.
peluang keemasan.

tak sampai 3 bulan, aku dapat tawaran sambung belajar.
dua tawaran aku dapat.
first, aku dapat tawaran sambung matrikulasi kat kolej matrikulasi johor.
second, i got foundation at UIA.
both are for physical sciences. 
so, i decided to go UIA sebab mase tu rasa mcm nak keluar dari johor.
dan aku sambung foundation kat UIA selama 2 tahun.


tapi aku tak mampu nak sambung degree kat UIA kuantan.
sebab jauh sangat.
dengan pertolongan my aunts
tertepek lah aku kat UiTM shah alam.
sehingga kini.
still remains 1 year and half untuk habiskan degree.
lepastu baru nak sambung master.
mengimpikan nak further master kat oversea.

uihhh.
panjang lebau cakap pasal background diri.
macam nak buat resume pulak.


aku sangat gila gila kan pink.
kalau beli barang, colour pink ni memang jadi pilihan.
tiada kompromi bhaaai.
dan aku sangat alergik dengan taugeh.
bau, rasa, bentuk, segala jadah pasal taugeh.
aku tak boleh nak dekat.
karang boleh pengsan.

sangat mementingkan kekemasan.
segala apa jua yang aku buat, mesti nak kemas.
bersih, takde nak kotor kotor
sebab aku seorang yang penggeli.
nak pegang mop pun, aku boleh fikir sepuluh kali.


aku mendambakan seseorang yang beriman.
yang boleh membimbing aku.
yang boleh layan kepala aku yang gila giila ni.
yang boleh sabar dengan kerenah aku yang boleh berubah sekelip mata
yang boleh terima aku seadanya.
aku tak cantik, aku gemok.



1 comment:

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good