Wednesday, 30 November 2011

budak mechi

hari ni, aku bangun pagi, aku rasa malas gila nak pergi clas. u think what, class one hour, belum sempat nak panaskan punggung, class dah habis. luckily, today class yang killer subjek. kalau tak memang aku skip je class pagi ni. lahabau punye perangai kan cam hampeh

masuk class je, dah penuh, so aku kena duduk bahagian belakang. nasib baik, ada meja lagi. kalau tak bukan kerja aku lah nak meng'hangkut' kerusi meja dari class lain. salah satu benda yang paling aku malas nak buat. class go through like usual. dapat paper test haritu punya. alhamdulilah. 

habis je class, aku kena teman membe aku g bank islam, she wanted close her account. peeh. sikit punya lama lah. dua jam aku menepek muka kat bank islam tu. nasib baik aku bawa novel. baca novel, sampai part yang rasa cm kelakar, aku rasa nak gelak guling guling jap. tapi aku control ayu

" eyza, jom makan dulu. kene tunggu satu jam "

erkk. muka aku dah berkerut lapan belas line. "Satu jam ? " ahh. ghasak lah. aku pergi makan. pusing pusing kat dataran cendekia kejap. sambil usha barang. patah balik pergi bank islam after 50 minutes. 

" kene amek nombor lagi tak ? " tanya aku kat kawan aku sambil buka pintu kaca bank islam


" meme amek nombor " suara tah dari mana datang dari sebelah kiri


rupanya abg guard yang cakap. abang lah kan, sebab aku tengok muka dia cam muda je. dalam hati aku, " meme sapa pulak yang amek nombor ? "


lepas tuh kawan aku pergi tanya. aku ikut je. 


rupanya, " MEMANG AMEK NOMBOR " abg guard tu cakap. asalehe betul. ko pekene bahasa kelantan. sepatah haram aku tak paham lah bro ! sory




aku duduk sambil sambung baca novel. depan aku ada sorang mamat pakai jaket budak mechi. ahh serabut ! dari tengah syok baca novel. aku dok teringat dia. ee. buat aku tak tenang langsung lah.! 


aku doa, cepat lah siap urusan membe aku ni. aku dah tak larat nak teringat kenangan lama.




* padahal aku boleh je keluar dari bank islam tu tadi, tapi nak duduk dalam aircond punya pasal aku tahan kan jugak. kat luar panas lah bai..



No comments:

Post a Comment

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good