Sunday 14 August 2011

wahai wanita, peliharalah diri dan hati kamu

selamat malam sume.








tetibe tadi, aq dok termenung lepas solat isyak. muhasabah diri dimana letaknye aq. dimana kesilapan aq sehingga jiwa ini seakan akan kurang tenang. dan sentiasa ade yang mengacaw dan mengkucar kacirkan. 


wahai wanita sekalian. jaga lah diri dan hati kamu dari insan yang bergelar lelaki yang bukan muhrim. kerana ada diantara mereka yang hanya tahu merosakkan kaum hawa. mencalarkan maruah kaum hawa. memijak tingginya nilai seorang insan yang bergelar kaum hawa tuh.


benda ni terjadi diantara orang yang hampir dengan aq. sangat hampir. seorang wanita. yang dirosakkan maruahnya. kerana cintanye kepada lelaki yang bukan muhrim. sehingga terjadinya sesuatu yang tidak diingini. sesuatu yang diluar jangkaan. sesuatu yang telah membuatkan seluruh orang disekelilingnya mendapat malu.


kesannya :


# berpecah belah lah hubungan kekeluargaan itu.
# rosak lah keturunan yang baik itu.
# hancurnya sebuah hubungan persaudaraan.


dan banyak lagi.


wahai wanita sekalian. jagalah diri kamu sebaik yang mungkin. jangan biarkan diri kamu hanya menjadi hamba kepada kaum adam. memang betul hawa adelah pelengkap adam, tapi ianya hanya akan menjadi pelengkap apabila termatrinya ijab dan kabul. sebelum itu, bukan lah pelengkap. sebab bercinta dan bertunang bukan lah janji untuk seseorang itu saling melengkapi kerana jika bukan itu jodoh untuk mereka, maka terlerailah hubungan itu.




wahai wanita sekalian. lengkapkan diri kamu dengan ilmu didada. ilmu duniawi dan akhirat. lengkapkan ilmu dunia dengan pengetahuan dan kejarlah cita cita untuk berjasa kepada ibu bapa, bangsa, agama dan negara. lengkapkan ilmu akhirat, agar sentiasa tenang hati dan jiwa, pabila hadirnya jodoh dihadapan kamu, diri kamu sudah lengkap dengan ilmu dan kekuatan jasmani dan rohani.


wahai wanita sekalian. sedarlah. dosa dan pahala. syurga dan neraka. jangan alpa tentang itu. jangan leka dengan keseronokan. jangan lalai dengan kenikmatan. kerana semua itu hanya lah sementara. dan dalam sekelip mata, ianya akan hilang. jangan sesekali mahupun sesaat lupe tentang nikmat dan ganjaran yang TUHAN sudah kurniakan.




aq tersedar dari lamunan. berpisahnya aq dengan dy dahulu. bukanlah satu kekecewaan. tapi satu pemeliharaan. memelihara aq dr dosa pabila bersama dengan insan yang bukan muhrimku. memelihara aq dr mendekati zina. memelihara hati dan jiwa dr cinta lelaki yang melalaikan. aq tahu, ALLAH sayangkan aq, dengan memberi aq dugaan dan ujian. dimana, perpisahan dengan orang yang aq sayang, sewaktu dalam final exam, amat memeritkan. tapi dengan berkat doa dan kesabaran. aq mampu lakukan.


aq tak nafikan, seronoknya saat bercinta. saat bermadu kasih. aq dah lalui segalanya sendiri. bagaimana indahnya bersama orang yang kita cinta. tapi pena jugak aq terfikir, sekiranya sewaktu sedang berdua bersama berpegang tangan, dan nyawa diambil, sempatkah kita untuk memohon keampunan. YA ALLAH. ampunkan hambaMU ini.




wahai wanita sekalian. peliharalah diri dan hati kamu. seperti mana yang sudah ditetapkan. yang pasti, dan janji ALLAH. DIA sudah sediakan yang terbaik untuk kita. jangan pena mencurigai ape yang telah ALLAH janjikan untuk kita.




" PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK DAN SEBALIKNYA "


aq pegang ayat ni sehingga aq jumpa siapa pemilik tulang rusuk ini =_=


jadi, tak rugi kalau kita mengikut suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.






p/s : sekadar perkongsian luahan hati.

3 comments:

  1. peringatan tuk diri sendiri jugak ni ^__________^

    ReplyDelete
  2. tazkirah yg bagus... sme2 la kasi igt kat kawn2 sama ~~

    ReplyDelete
  3. Salam kenal...good info...lelaki pun leh ambil pengajaran

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good