Wednesday 17 August 2011

4B jenis pelanggan kat bazar

fuhh. hujan pulak kat luar tuh kan. memang ke laut lah jap g aq ni. memandangkan aq rase mcm malas nak g bazar hari ni menjadi penjual sebab kaki ni mcm berat jek nak dihayun ke tempat bazar dengan menaiki bus no 11


sepanjang dua hari aq kat bazar kan, tolong mama berjual kat bazar. aq boleh tengox lah gelagat orang yang beli ni kat bazar. pelbagai ragam dan aq simpulkan menjadi 4B




1. BERSIAR-SIAR


ada pembeli tu dia cuma bersiar siar jek kat bazar. dah puas dari hujung ke hujung dia tawaf kat bazar tuh, dy terus start moto. dah tuh blah cmtuh jek. tak paham ape motif kau kat bazar tu. cakap kau nak beli makanan, takde pulak kau beli pape. nak cakap kau tengah fikir pape, tak nampak pulak muke kau tengah berfikir. muke rilek je lalu depan gerai




2. BELI


yang ni aq suka. pelanggan akan datang. tengok kuih, ke makanan ke ape yang ada, dy akan beli. kan bagus tuh. penjual pun suka kan. dpaat untung woo. laku jualan hari ni. kan best. pelanggan datang beli makanan bukan nak bersiar siar




3. BINGUNG


bile aq tengox pesen pelanggan cmni, aq rase nak guling guling kat atas jalan tar tuh. mane taknye, muke bingung gile tatau nak makan ape. kalau datang ngn kawan tu, kat ctu jugak lah kau nak wat dialog. " eh, nak makan ape ek " "  td aq cakap nak makan ape ek " macam macam lagi lah. kalau sorang tuh, siap col kawan ke pakwe ke makwe ke suami ke isteri tanya nak makan ape. dengan muke berkerut kerut pulak tuh. mane tak menahan aq nak gelak. tepakse tahan jek. dalam perot cm nak pecah daaa weh




4.  BOROS


aq tatau lah orang tuh makan untuk diri sndiri atau untuk ramai orang. sebab yang datang sorang jek. tapi kat tangan penuh kiri kanan beg plastik. ni selalunye aq nampak orang bujang lah. tangan kanan penuh dengan ayam percik, roti john, murtabak. kat tangan kiri dah penuh dengan tiga bungkus air. datang gerai tanya nasi ngn kuih muih. ohhh ni mesty nak blanje kengkawan dy. kene fk positif




ni lagu satu aq nak cite. semalam mase aq layan sorang pelanggan india ni, dy datang n stop depan gerai mama dengan pakai helmet. aq nih dah lah kurang pendengaran cket. dengan bunyi bising kereta, orang cakap kiri kanan. aq tak berapa dengar lah orang india tuh cakap ape kan. dy nak karipap tapi aq bagi pau sambal. mane lah aq dengar. dah lah cakap cm cakap dalam air. HAMPEH !




mesti mama aq tengah bising sebab aq tak datang bazar hari ni. opsss sory mama. terpakse. hujan lebat giler. nak jalan kompem lautan banjir terpakse aq  redahi. memang tak lah kaaaan aq nak jalan tengah lecak segala tuh nnty



3 comments:

  1. berniaga kt bazar ke..orang memang macham2..yg bersiar tuh xley blah siket..menyemak aje!

    ReplyDelete
  2. yang bersia2 tu wat nyemak..
    salu wat jln jem..jln slow lak tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. haha.. yg bingung tu slalu jadi bila baru first time pegi bazar.. x tau nk bli apa.. hehe

    ReplyDelete

memang bulat lah mata korang yang komen. haa. komen lah lagi dengan mate yang bulat. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG good